First Recipe ^_^



Chicken Chop...

Bahan-bahan black paper sauce:

Bahan A:
-1 labu bawang besar (potong dadu)
-bawang putih (dicincang halus)
-Mentega

Bahan B:
-2sudu besar tepung gandum(diayak)
-1 jag kecil air (ikut kecairan yang nak)
-3 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar kicap (untuk warna)
-1 sudu makan sos tomato & sos cili
-1 sudu besar lada hitam(tumbuk halus) / serbuk lada hitam
-1/2 kiub ayam
-garam secukup rasa (jika perlu)
-sedikit cendawan butang (dalam tin yg tlh dihiris)

Cara-cara nak wt :
1) Panaskan mentega dlm periuk kemudian tumiskan bawang besar & putih(bahan A)
2) Masukkan Tepung gandum yg dilarut didlm air hingga rata,then masukan.
3) Masukkan semua bhn lain (Bahan B).
4) Kacau atas api hingga pekat.
5) Bila sos dh masak letak 2 sudu besar minyak gorengan ayam & kacau sebati.
    Then korg blh hidgkan dgn coslow n kentg n vege2 yg lain yg korg nk..
p/s :
garam tak perlu tmbh klau sos korg to da msin.cz sos2 yg kte ltak to da agk msin.lau korg ase korg bru first time nk wt an n blm xpert handle menu nie,kowg pastikan la yg api dapur korg to tak terlalu kuat.so bia je slow..don't worry sos to akan msak slow2.Owh sblm lpe...ayam yg korg nk gne,korg blh gne ayam ikut citarasa korg sndri..mksdnye ikut ske la nk grill ke,perap ke or whatever yg korg ske..ta pown lau ase mlas sgt,pegi je start moto or keta pegi borong dkt frozen yg berdekatan..hehe..the store or tesco pown boleh...cari plastik yg tertulis 'chicken chop' ha...sng an?ngee..ape lg ea? to je kowt..hope korg enjoy ble msak2 t n remember, msak dgn penuh kasih syg..bru la urmp! n lau jdi,jgn lpe post ckit taw..jgn dekut..hehe... lol    ^_-




Sedarkah kita bahawa :

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan,
kerana seharusnya kita melihat segala yang ada di depan.
Kita lahir dengan dua telinga,satu kiri dan satu kanan,
Hingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah.

Menangkap pujian mahupun kritikan,
Mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak yang tersembunyi di kepala,
Sehingga bagaimanpun miskinnya kita
Kita tetap kaya kerana tiada seorang pun dapat mencuri isi otak kita,
Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.

Kita dilahirkan dengan dua mata,dua telinga,
namun cukup dengan satu mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang tajam,
Yang dapat melukai,memfitnah,bahkan membunuh.
Lebih baik sedikit bicara,tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati,
Yang mengigatkan kita untuk menghargai 
Dan memberikan cinta serta kasih sayang dari dalam lubuk hati,
Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai,
Tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kamu,
Dengan cara dan sebanyak mana yang anda sudah memberikan
Berikan cinta tanpa mengharapkan balasan,
Kerana kamu akan merasakan bahawa hidup ini akan menjadi lebih indah.

Happy Father's Day ^_^

Jika ada lelaki berkasut bola
pijak dan sepak seorang budak,
Dia bukan bapaku..
Bapaku,
''Berhambakan tangan,
Bersaksikan mata,
Berhakimkan hati''
Ranum fikirnya mendahului tindak..
Marahnya bertimbangkan akal,
''Tegang berjela-jela,
Kendur berdenting-denting''
Dalam keras ada lunaknya,
dalam lunak ada kerasnya.
Jika ada lelaki perkasa,
perkosa anak sendiri,
Dia bukan bapaku..
Bapaku..
''tatang di anak lidah''
terlalu kasih anak isteri
Kasihnya tak hilang-hilang.
''Kasih sepantun tulisan pinggan.''
Kasihnya tak seimbang dengan kasih anak
''kasih bapa sepanjang jalan,
kasih anak sepanjang langkah.''
Jika ada lelaki sejati
Menduakan isteri
Dia bukan bapaku..
Bapaku,
''Berjauh serasa hilang,
bercerai serasa mati''
sangat kasih anak isterinya.
Tak pernah diamalkan
mendapat kekasih baharu
Kekasih lama dilepaskan.
''Kerana cendarawasih merak dilepaskan''
Dia bersikap
''kasih padi buangkan rumput-rumput''
Kasihkan anak isteri
Jauhi kasih perempuan lain..
Bapaku yang bertemankan iman,
Tempat meminta nasihat
''Gayung tua,gayung memutus''
Nasihatnya biasanya tepat.
Bapaku yang gigih jadi teladan
''Pagi tak dibuang,senja tak dikejar''
Masa itu emas katanya..
Bapaku yang budiman,
Tempat berharap pertolongan.
''Jadi penghubung kaki langit''
''Jadi penghubung mata telinga''
''Jadi penghubung hujung lidah''
''Jadi penghubung teluk ulakan air''
Dialah pelindung kami...
Kepada semua lelaki..
Jadilah lelaki..
Seperti bapaku..

Happy Father's Day....


 Dipetik:
LELAKI,Rozinah Abd.Azib
 Dewan Masyarakat,Jun 2010.

Buat Sahabat..~Kali terakhir ku lihat wajahmu..~


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..
sahabat...
masihkah dikau ingat
muqadimah perhubungan ini
terbinanya tanpa coretan kata
pada helaian warkah
bukan pada titik pertermuan
akan tetapi
kemuliaan kalimah salam kuutuskan
sejarah kehidupan jadi perantaraan
tersimpan diruang memori
bukti laluan persahabatan
terjalin dalam simpulan persahabatan
sahabat.....
kini..kumasih berjalan
dipentas hakiki persahabatan ini
merentasi detik-detik tiba
kadang..membawaku ke lorong lamunan
pabila jiwaku disinggah kesepian
menemani bersendirian
sahabat......
andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkai dusta
langkah ku mencalar luka
bisikkan hasad merobek hatimu
susunan jari kuhulurkan
salam kemaafan kuluahkan
sahabat.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk kulayarkan
melainkan untuk persahabatan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi~
kesedihan,kesulitan tidak akan pernah hilang hanya dengan kita meninggalkannya, tetapi akan lebih baik jika kita dengan hati yang lapang menerimanya, menganggap kesulitan & kesedihan tersebut adalah bagian dari episode hidup kita, dengan begitu kita akan lebih sadar bahwa sebenarnya hidup ini indah,& kita akan selalu bersyukur bahawa kita di miliki oleh Sang Maha Pengasih…
kini kau pergi jauh dan tak mungkin kembali
kerana sudah mengadap kepada ilahi
tapi doa buatmu sahabat,tidak akan terputus
doaku mengiringi kepergianmu
akan ku kenang jasamu yang mampu tegarkan ku
selamat jalan sahabat sejati....
~Sahabat..Moga kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman disana kelak..Amin..~
Dalam kenangan  - sahabatku Nur Hazwani Akmal bt Shafie..- ='(

Bismillahirrahmanirrahim~
 In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =)Lama tak update. Maaf kerana terpaksa meninggalkan anda berkali-kali. Ujian Akhir Kursus (UAK) pun dah habis, malam ni nak feeling-feeling bagi ceramah macam Ustazah Bahyah dalam Semanis Kurma. Bersama-sama saya Ustazah Dokter Cinta dalam Tanyalah Ustazah. T___T  Sebagai peringatan diri sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat sekalian.
main cak cak pulak

Para pembaca sekalian;

Ingatlah 2 perkara;

@Kebaikan orang kepada kita

Kita kena selalu ingat kebaikan orang kepada kita; orang yang telah dan pernah menolong kita. Pertolongan dari segi wang ringgit, nasihat, tenaga etc etc sewajarnya harus kita kenang sebagai tanda mengingati budi. Seterusnya ianya mampu membuatkan kita menjadi lebih pemaaf bila kita ingatkan kebaikannya melebihi kesalahannya. 

Especially kepada Allah yang mengurniakan berjuta nikmat. Lebih-lebih lagi kita perlu syukuri. Firman Allah s.w.t;

‘Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Duha 93:11)
sekali lagi main cak cak

@Kesalahan kita kepada orang

Of course yang ni penting, kita kena selalu ingat kesalahan kita so ia akan memimpin kita untuk selalu meminta maaf. Kata-kata maaf mampu melembutkan hati. Kita akan sentiasa beringat untuk tidak lagi melakukan kesalahan yang pernah kita lakukan.


Lebih-lebih lagi dosa kita kepada Allah. Ingat kembali kederhakaan kita, selalu liat solat awal or berjemaah, selalu itu selalu ini. Ianya penting untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. DOSA YANG MENYEBABKAN KITA MENANGIS LEBIH BAIK DARIPADA KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKBUR. Take note ini penting ye sahabat-sahabat sekalian.

Dan seterusnya ya para pembaca yang budiman,

Lupakanlah 2 perkara;

@Kebaikan kita kepada orang

Jangan kita suka ungkit-ungkit kebaikan kita kepada orang lain, orang pernah kita tolong, orang yang pernah kita bantu. Kita cumalah wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain.
Lagi-lagi amalan kita terhadap Allah; perbuatan mengingati amalan yang telah dikerjakan hanya akan merobek keikhlasan hati sahaja. Sedangkan semuanya atas hidayah dari-Nya juga. So, kita kena selamatkan diri dari rasa ujub, sum’ah, riak dan bangga diri.

@ Kejahatan orang terhadap kita

Part ni susah sekali. Susah kan nak anggap seolah-olah tak ada siapa yang pernah buat salah dengan kita? Kita kena latih diri menjadi seorang pemaaf. Ya, peringatan buat diri sendiri juga. Ini akan melatih kita untuk mengawal rasa marah dan membuang dendam. Kita cumalah hamba Allah bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan. Makanya, bila someone buat kesalahan kepada kita, anggaplah kita memang layak disakiti kerana KITA CUMALAH HAMBA ALLAH.

Rujuk artikel Pemaaf.

Kita juga lebih-lebih lagi perlu melupakan segala kesusahan, ujian, musibah yang telah Allah timpakan. Dan kita harus menyedari bahawa setiap ujian dan musibah yang Allah timpakan ke atas kita adalah sebahagian mehnah daripada Allah untuk kembali mengajak kita bercinta dengan-Nya kembali. Sebab kita selalu terlupa dan terleka, Allah ingatkan kembali~ =) Chill. 


Thank you too ALLAHε˘`)

ThAnK yOu ALLAH..
Thanks for everything..
Terima kasih untuk setiap cahaya mentari yang kau kirimkan untuk menghangatkan pagiku.
Terima kasih untuk udara segar yang boleh mengalir masuk ke kedua paru-paruku.
Terima kasih untuk setiap kekuatan dan keberanian untuk memulai sebuah hari yang panjang.
Terima kasih untuk tubuh yang sihat dan pakaian yang hangat.
Terima kasih untuk tempat aku berteduh yang nyaman dan aman.
Terima kasih untuk semua makanan lazat yang boleh aku makan setiap hari.
Terima kasih untuk semua kemudahan dan kemewahan yang Kau titipkan untuk kami.
Terima kasih atas kenikmatan yang boleh kami nikmati.
Terima kasih untuk orang-orang yang kau kirimkan ke dalam hidupku.
Terima kasih kerana Kau tlah menitipkan warna tersendiri yang akan mereka torehkan di lembar perjalananku.
Terima kasih kerana Kau memberiku banyak cahaya yang slalu melindungiku dan menemani hariku.
Terima kasih kerana Kau memberiku sebuah keluarga yang sederhana namun cukup apa adanya.
Terima kasih kerana Kau memberiku Ayah yang rajin dan Ibu yang perfect!
Terima kasih kerana Kau tlah memberiku 3 ksatria dan 4puteri yang sangat nakal tapi aku sayangi selalu.
Terima kasih kerana Kau mengirimkan seorang putera impian yang  mampu membuatku tersenyum dan selalu merasa girang saat dekat dengannya.
Terima kasih kerana Kau memberiku banyak teman2 lain yang juga tak kalah pentingnya bagiku.
Terima kasih untuk setiap orang yang keluar dan tlah pergi dari hidupku.
Terima kasih untuk setiap cerita hidup yang manis dan berkesan.
Terima kasih untuk segudang kebahagiaan tak tergantikan.
Terima kasih untuk rasa cinta dan rasa benci yang pernah aku rasakan.
Terima kasih untuk setiap pelajaran hidup yang sangat berguna.
Terima kasih atas setiap cubaan berat yang menguris air mata.
Terima kasih atas setiap ketakutan dan kelemahan.
Terima kasih atas stiap kekecewaan dan kesedihan.
Terima kasih kerana aku boleh merasa bimbang, cemburu, bingung, marah dll.
Terima kasih kerana aku boleh merasakan dihargai dan tidak dihargai.
Trima kasih atas setiap cubaan hidup yang menorehkan trauma.
Terima kasih Kau tlah mengajarku untuk selalu berterimakasih dalam hidup ini atas setiap inchi kebahagiaan maupun kesedihan, kerana kesemuanya itu akan membangunku menjadi peribadi yang kukuh.
Terima kasih Kau tlah ajarku untuk mudah memberi maaf dan tak lupa untuk meminta maaf untuk setiap titik kesalahan yang aku lakukan.
Terima kasih Kau tlah ajarku untuk bijak untuk memilih dan slalu membimbingku menentukan langkah hidupku.
Terima kasih kerana Kau slalu menemaniku saat aku sepi, aku sedih, aku bahagia, aku terpuruk, aku terantuk dan saat2 dimana aku tidak memerlukan orang lain kecuali Engkau.
Terima kasih Kau tlah ajarku menghargai apa yang ku punya dan menjaganya dgn baik.
Terima kasih kerana Kau ajarku tuk berani dan jujur.
Terima kasih kerana Kau ajarku untuk membantu yang memerlukan.
Terima kasih kerana Kau izinkan aku belajar lebih banyak dan menimba ilmu sedalam2nya.
Ya Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Tempatku berlindung dan mencurahkan setiap isi hatiku di setiap waktu.
Hanya Engkau yang paling mengerti ku, kapan ku susah, kapan ku memerlukan-Mu..
Hanya Engkau yang slalu ada tanpa mengenal waktu, slalu ada ketika ku mengadu kepada-Mu.
Ku sungguh bersyukur kerana di lahirkan untuk beriabadah pada -Mu
Takkan menyesal hidupku diabdikan untukmu.
Takkan sia-sia ku berpegang teguh pada-Mu.
Engkau selalu menawarkanku jalan keselamatan.
Untuk itulah hatiku paling menghargai-Mu, Ya Allah...
Dan terakhir, Terima kasih Ya Allah untuk selalu bersamaku, untuk selalu menjadi Tuhanku yang satu (˘˘)ε˘`)
̨̐ thank you, ALLAH


Design by Blogger Templates