Sekejab! Yuk Musabah diri
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم
Masya Allah.. Sekian lama tidak menjenguk dan menitip kata-kata di sini. Baru perasan yang muka surat ini sudah usang dan hampir berhabuk. Terima kasih kepada yang mengigati.. :)
Titisan hujan yang renyai-renyai di bumi Uia ini,mengingatkanku dengan terjemahan ayat Al-Quran ini
" Tidak ada sebarang perkatan yang dilafazkan(atau perbuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) " -QS Qaff:18
Jadi apabila menyedari betapa pentingnya pesanan ini, marilah sama-sama kita merenung ke dalam diri dan melihat ke dalam hati, juadah apakah yang tersimpan selama ini? Agak-agaknya apalah yang kita senduk untuk ahli keluarga dan rakan taulan sebagai santapan mereka? Apakah kita banyak tersenduk yang pedas-pedas dan yang panas sahaja hingga kerap kali membakar hati kita dan penerima?.
Hidup ini menjadi lebih indah apabila kita mampu memberi dan semakin indah disaat kita memberi dengan hati yang tulus ikhlas.. Namun, fitrah manusia.. Terlalu banyak angkara yang datang dari lidah, puncanya adalah dari hati. Lidah diumpamakan bak senduk kepada isi-isi yang terdapat di dalam periuk hati.. Ingat!
.. Sentiasalah merawat hati dengan ilmu agama. Hadiri kelas usrah dan ceramah agama di masjid atau di tempat-tempat awam sebagai pelindung hati kita dari rasutan makhluk lain. Jadikan kesempatan itu sebagai ambulans kecemasan yang bersedia berkhidmat apabila hati kamu sakit dan pengubat segala jenis penyakit. Iringi dengan doa yang tulus moga setiap luka ditemui penawarnya.
Salam penawar, salam selaut kasih. ^_^
Posted at 01:25 | | 0 Comments