Sedarkah kita bahawa :

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan,
kerana seharusnya kita melihat segala yang ada di depan.
Kita lahir dengan dua telinga,satu kiri dan satu kanan,
Hingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah.

Menangkap pujian mahupun kritikan,
Mendengar mana yang salah dan mana yang benar.

Kita dilahirkan dengan otak yang tersembunyi di kepala,
Sehingga bagaimanpun miskinnya kita
Kita tetap kaya kerana tiada seorang pun dapat mencuri isi otak kita,
Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.

Kita dilahirkan dengan dua mata,dua telinga,
namun cukup dengan satu mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang tajam,
Yang dapat melukai,memfitnah,bahkan membunuh.
Lebih baik sedikit bicara,tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati,
Yang mengigatkan kita untuk menghargai 
Dan memberikan cinta serta kasih sayang dari dalam lubuk hati,
Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai,
Tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai kamu,
Dengan cara dan sebanyak mana yang anda sudah memberikan
Berikan cinta tanpa mengharapkan balasan,
Kerana kamu akan merasakan bahawa hidup ini akan menjadi lebih indah.

Design by Blogger Templates